hari tu aku ada cakap yang aku mahu buat perbandingan antara flet yang diurus DBKL dengan flet yang diurus MBPJ. lepas fikir banyak-banyak aku round up je lah, senang. perbandingan yang aku buat ni antara flet yang aku pernah pergi sahaja [PPRT Perkasa, Taman Connaught, PPRT Lembah Subang dan PPRT Desa Mentari], jadi mungkin ada generalization sikit, tak dapat nak elak lah.
kebersihan
antara tiga flet yang aku sebut, PPRT LS memang fail. kotor, busuk dan kawasan tu agak 'gelap'. mungkin sebab majoriti penduduk situ adalah orang-orang yang dipindahkan dari setinggan, jadi belum dapat adapt dengan kehidupan dirumah pangsa lagi. flet DM okay la, tak kotor pun tapi keadaan sekeliling belum capai tahap bersih lagi. majoriti penduduk sini datang dari pemindahan setinggan juga, tapi mungkin sebab mereka pernah ditransitkan di flet lain (LS, contohnya) jadi mereka sudah boleh adapt. tapi flet Perkasa memang best. bersih dan pengcahayaan yang baik buat tempat tu nampak terang dan terjaga. aku dan kawan aku tak anggap tempat tu flet, kitorang panggil kondo haha
pelan lantai
sekali lagi, LS fail. masuk rumah je, sebelah pintu adalah toilet dan sebelah satu lagi bilik. pintu toilet menghadap pintu utama, jadi sangat tak menyenangkan. lagi-lagi bila kau keluar bilik air berkemban and ada orang depan pintu :D flet Perkasa pun lebih kurang dengan LS, cuma pintu toiletnya tersorok sikit jadi takdelah mencacatkan mata sangat. tapi aku suka pelan lantai Perkasa sebab macam berkotak-kotak, comel haha flet DM bagi aku sangat okay sebab masuk rumah, ruang tamu dan bilik disusun sejajar. hujung dunia baru dapur dan toilet. both LS dengan Perkasa dry kitchennya (atau bilik pantri?) sebelah dapur. tapi DM disebalik bilik air. jadi sedikit turn off
sistem lif
maaf, LS masih fail kali ini. ada tiga lif dengan hanya satu lif berfungsi (dan busuk/kotor), sejak entah bila. masa aku kesana awal bulan 12, dua buah lif yang rosak sedang diselenggara. tapi bila ke sana minggu lepas, dua-dua lif masih tak boleh digunakan walaupun sudah nampak cantik. flet DM lif ada dua sahaja dan dua-dua berfungsi. cuma sedikit kotor, kadang-kadang busuk dan sangat spooky. sebab bila naik akan dengar macam-macam bunyi, rasa macam nak terhempas pun ada. dan, Perkasa masih menang dalam sistem lif, sebab superb! ada tiga lif dan semua berfungsi (kali terakhir aku pergi la) dan lif bersih, takde tanda-tanda vandalism pun. lif pun naik smooth jek.
parking lots
tiga-tiga fail sebab parking tak cukup! LS ada 17 tingkat dengan 30 pintu rumah, Perkasa mungkin dalam 12 tingkat dan DM ada 11 tingkat. tapi semua tak sediakan parking lot yang mencukupi menyebabkan orang letak kenderaan secara berlapis.
keselamatan
aku tak tahu kalau ini boleh diletak sebagai ciri keselamatan, tapi flet Perkasa satu-satunya yang berpagar, antara tiga flet. flet LS memang takde langsung. flet DM persatuan penduduk situ ada buat pondok jaga yang takde jaga pun, lebih kepada tempat lepak pakcik-pakcik haha
accessibility (kemudahcapaian?)
aku tak pernah cuba dapatkan perkhidmatan bas awam dari flet Perkasa. kawasannya pun aku pun tak familiar sangat, cuma ia berada di tengah KL. ada sekolah (banyak) dekat dengan Carrefour... tapi untuk ciri ini, bagi aku DM menang. di LS, beberapa tahun dulu, sekeliling hutan/tanah kosong je. sekarang pesat betul membangun. ada bas yang hubungkan flet itu dengan stesen LRT Kelana Jaya. (agak) dekat dengan OU/Mutiara Damansara, sekolah, lapangan terbang dan segala-gala haha flet DM pun best sebab depan ada stesen komuter Sri Setia, ada dalam laluan bas Rapid dan Metro ke subang/Sunway Piramid. permandangan nampak kilang-kilang kat Jalan Tandang :D dekat dengan Sunway Piramid, sekolah, segala-gala juga.
kesimpulan.
secara peribadi aku rasa flet Perkasa memang tiptop. memang layak untuk dipanggil kondo walaupun rumah kecik ya amat :D dan aku rasa DBKL memang buat kerja penyelenggaran yang bagus kat rumah tu jadi sekeliling cantik dan terjaga.
extra.
sebenarnya aku tak tahu LS diurus oleh siapa. dan LS kalau tak silap aku yang paling lama antara tiga-tiga flet yang aku sebut kat atas. ni pandangan peribadi sahaja. flet Perkasa yang aku pernah pergi blok B, Lembah Subang blok C dan Desa Mentari blok 10 (eh ke 8?)
dan oh ya, aku tak sama sekali kutuk orang setinggan sebab aku juga dari setinggan, and proud to be one of them :D lagipun ramai orang kat LS tu jiran-jirang aku disetinggan juga. tapi dulu family aku dapat pemindahan di Kota Damansara (lagi kesian dan takde kaitan)
