Hai.
Macam dah lama tak menulis. Atau mungkin tidak. Minggu lepas saya ada buat draf nak cerita tentang pengalaman berada dalam tren komuter yang rosak. Terjun ke landasan, panjat tren lain. Tapi saya agak sibuk, tak sempat nak karang. Jadi biarlah.
Minggu lepas, hari Ahad saya ke KLCC berbuka dengan Ros. Itulah kali pertama untuk Ramadhan 1432H ni saya berbuka di luar. Saya sudah penat sebenarnya ke kompleks membeli-belah untuk berbuka puasa, atau berjumpa rakan. Tapi nak buat macam mana, saya memang tak tahu tempat menarik untuk lepak di KL ni.
KL kerana itu meeting point. Saya di Nilai, kawan tinggal merata, KL sahajalah yang nampak senang, kemudahan awam pun senang. Lagipun saya rasa selamat di tempat yang sibuk. Tak rasa keseorangan. Cuma saya rasa kan bagus kalau ada orang yang betul-betul tahu tempat-tempat worth lepaking di KL ni.
Kedai-kedai makanlah. Atau tempat yang boleh buat aktiviti santai. Saya tahu kebanyakan orang kalau lepak pun di mapley, atau kalau banyak duit lebih untuk dibuang-buang, di warung kopi elitis. Jadi kalau mungkin pun mereka cadangkan tempat, pasti tak pergi pun.
Akhirnya, hujung-hujung, tetap masuk kompleks beli belah juga. Semua bawah satu bumbung, kan?
Hujung minggu ini InsyAllah ke Times Square pula dengan Ada. Dah lama tak pergi Times Square, nak masuk Borders. :)














0 toinks:
Post a Comment