Wednesday, September 7, 2011

Cinta itu Lucu, Jodoh itu Tak Masuk Akal


Tadi saya aktifkan semula akaun Facebook yang lagi satu, tengok dah ramai kawan yang menikah/bertunang sepanjang saya nyahaktif sebulan lebih tu.

Cinta itu lucu, jodoh itu selalu tak masuk akal.

Kalau kamu suka membelek majalah-majalah, banyak tips tentang cinta/perhubungan yang diberikan. Malangnya, tak semua tips tersebut boleh digunakan pada hubungan kamu. Tiada istilah one size fits it all dalam bercinta, dalam mencari jodoh.

Ada orang bercinta bagai nak rak waktu di universiti, alih-alih bila sudah bekerja bawa haluan sendiri, dan akhirnya menikah dengan orang lain.

Ada orang setia tunggu sang lelaki yang suka berfoya-foya. Berskandal sana-sini, semua orang kata tak berbaloi tunggu. Akhirnya mereka menikah juga.

Ada orang bercinta sejak sekolah. Orang kata bercinta lama-lama akhirnya akan bosan tapi mereka akhirnya menikah.

Ada orang asyik putus cinta, rupa-rupanya jodoh dengan teman baik sendiri yang selalu beri nasihat waktu dia memerlukan.

Ada orang putus dengan kekasih, bertahun tunggu akhirnya menikah dengan sepupu kekasih.

Ada orang merantau jauh mencari jodoh rupa-rupanya jodoh cuma jiran sebelah rumah.

Ada orang bertemu baru sebulan dua tapi hati kata, "Ini dia!"

Orang kata kononnya lelaki bercinta sahaja dengan perempuan berpakaian seksi, tapi akhirnya akan memilih perempuan sopan. Tapi ada sahaja yang menikah dengan kekasihnya yang seksi tu.

Jadi senang, nasihat-nasihat cinta itu, usah turutkan sangat. Ini soal hati. Soal takdir. Bila kamu sudah bertemu, hargai. Hujungnya bagaimana itu tidak apa, yang penting sepanjang dia ada, kamu hargai.

p.s.: jodoh saya mana?

0 toinks: