Thursday, October 27, 2011

Lelaki Dayus dan Koc Wanita

Sejak Koc Wanita diperkenalkan lebih setahun lalu, satu masalah yang masih terjadi sehingga sekarang ialah, masih ada lelaki-lelaki yang tak tahu malu akan naik koc ini.

Sebelum saya pergi lebih jauh (chewah) sila faham bahawa saya sangat neutral dengan kewujudan koc ini. Maksudnya saya tidaklah berasakan koc ini sebagai sangat diperlukan dan saya juga tidak berasa kewujudannya sia-sia. Ada atau tiada saya tak kisah.

Tapi situasi sekarang kita ADA koc wanita. Dan bila ada, kena hormati dan hargai.

Saya dulu teruja dengan kewujudan koc wanita ini. Lama-lama saya jadi tawar hati, kerana itulah — wujudnya makhluk-makhluk lelaki yang keras kepala, tak tahu malu dan takde telur ni.

Saya tak salahkan KTM Komuter sebab pengumuman sentiasa dibuat, berulang-ulang. Kalau anda sedang menunggu tren, paling sikit pun anda akan dengar sekali. Tak cukup dengan pengumuman, ada pelekat yang menunjukkan hanya wanita sahaja boleh memasuki koc tersebut. Malahan hebahan dalam media sudah lama dibuat. Dalam kata lain, tak mungkin ada yang tak tahu.

Salah satu sebab masih ada lelaki yang tersesat atau sengaja masuk koc wanita (dan ini sangat penting) ialah kurangnya kesedaran dari pihak penumpang wanita sendiri. Dah banyak kali saya perhatikan, sangat kurang bilangan penumpang wanita yang mahu beritahu penumpang lelaki bahawa mereka tidak boleh masuk koc wanita. Ada yang sama-sama tunggu pintu tren terbuka untuk masuk, buat tak tahu. Ada yang duduk sebelah-sebelah. Ada yang berdiri berdekatan. Kenapa? Takut?

Kadang-kadang bila saya tegur (dan saya garang, tak boleh tolong, nak cakap baik-baik tetap juga keluar nada menengking *sigh*) saya pula dipandang serong. Salahkah saya menegakkan hak?

Anyway, sebab kedua adalah sebab yang sangat menyakitkan hati, sikap tak ambil peduli kaum lelaki sendiri (can I call them dayus? YES). Macam semalam saya hampir bertekak dengan seorang pakcik warga tempatan kerana berada dalam koc wanita yang hampir padat. Alasan yang diberi dia terpaksa dan kononnya dia kerja. Walhal tidak memakai baju KTMB dan dia berada di tengah-tengah, bukan dekat pintu seperti staf KTMB lain (kalau ada, sangat jarang sebenarnya ada staf yang memantau). Sambil menjawab dengan saya, dia senyum-senyum dengan lelaki Bangla di sebelah. Kejadah apa?

Lagi satu kes waktu petang, seorang lelaki warga tempatan juga. Seorang makcik tegur, dia tengking balik, "Habis dah masuk takkan nak keluar?!" Padahal makcik tu suruh guna pintu di tengah, bukan pintu keluar. haih, dasar dayus. Bukan tiada lelaki asing masuk, ada dan sangat ramai. Tapi berurusan dengan mereka lebih mudah.

Jadi sebab itulah saya tawar hati. Jarang sangat saya gunakan koc wanita. Sakit hati nak deal dengan orang yang tak faham bahasa. heh. Valid tak justification saya ni?

2 toinks:

filanastasia said...

kalau pegang payung, ketuk kepala dia boleh tak?? hihihih

memang dasar betul la...

damme damiah said...

nanti kena ketuk balik lagi haru. hahah kan, hilang sabar ada makhluk tak faham bahasa macam ni.