Semuanya bermula dengan Yana mention saya dalam tweetnya tentang Samsung Galaxy Note. Laju-laju saya klik pautan yang diberi. Laju-laju saya buat kajian tentang telefon pintar ini. Makin saya baca, saya makin terpaut.
*gasp* Terlalu mahu!
Kenapa? Sebab saya suka menconteng sana sini dan saya memang dah lama teringin ada alat yang membolehkan saya menconteng (segan nak guna perkataan melukis). Saya tahu ada alat khas untuk itu tapi sebab jenis yang kena sambung ke komputer, macam leceh pula.
Tapi ini! Ini! Ini coolness, awesomeness overload! Yang bestnya, bukan setakat lukis, malahan tulisan kamu sendiri takkan diubah kepada tulisan komputer (which I find annoying, telefon bapak saya tak boleh recognise huruf-huruf saya). So super easy okay nak lukis map, nak cut and paste. segala lah!
Cuma saiznya agak besar — 5.3" tapi saya tak rasa itu satu masalah. Tak sabar nak tunggu sampai Malaysia. Mahu mula kumpul duit supaya saya boleh jadi antara yang terawal milikinya! :D
p.s.: hey, did you know that my birthday is in December? I heard that this phone is coming to Malaysia around that time. So, *ahem*














0 toinks:
Post a Comment